Mungkin sebagai usaha terakhir untuk meningkatkan penjualan bagi konsol PlayStation 4, yang sudah disahkan akan diganti pada akhir tahun hadapan, Sony mengeluarkan satu video iklan yang memperlihatkan pelbagai watak daripada pelbagai permainan video bersama.
Dengan pilihan lagu oleh Kaiser Chiefs iaitu I Predict a Riot, kami boleh katakan ia adalah video yang memperingati semula kepada semua yang PS4 adalah konsol terbaik untuk generasi ini.
PS4 baru-baru ini baru sahaja mencapai jualan sebanyak 102 juta unit dan menjadi konsol kedua terlaris di belakang PlayStation 2. Jika anda masih tidak memiliki konsol ini, berikut adalah mengapa kami merasakan ia masih akan menjadi konsol yang penting di era generasi baharu kelak.