Skip to main content

Permainan Star Wars: Battlefron II yang dikeluarkan pada akhir tahun 2017 terus menerima kemaskini oleh EA dan DICE selepas melalui satu fasa yang tidak baik pada awal pengeluaran.

Melalui Twitter, Ben Walke iaitu pengarah komuniti untuk DICE mengumumkan yang Disember ini, permainan tersebut akan menerima kandungan berdasarkan filem terbaru Star Wars iaitu Rise of the Skywalker yang akan ditayangkan bermula 18 Disember 2019.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan. Selain itu beliau juga mengumumkan kemaskini yang dijadualkan untuk bulan November, ditunda ke awal Disember tetapi tiada pengurangan kandungan yang akan berlaku.

Star Wars: Battlefront II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply