Informasi Permainan Video Terkini
Guerrilla Mungkin Telah Mengesahkan Horizon Zero Dawn Sedang Dibangunkan

Guerrilla Mungkin Telah Mengesahkan Horizon Zero Dawn Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Semasa kami menulis mengenai PlayStation 5, antara jangkaan kami untuk permainan yang akan dilancarkan bersama dengan konsol generasi baharu tersebut adalah sekuel kepada Horizon Zero Dawn.

Ini adalah kerana Guerrilla Games adalah antara studio Sony yang tidak mengeluarkan sebarang permainan baharu sejak mengeluarkan permainan tersebut pada tahun 2017.

Perkara tersebut mungkin secara tidak sengaja telah disahkan oleh Horizon Guerrilla sendiri apabila menyenaraikan satu kerja kosong untuk pereka teknikal tumbuh-tumbuhan yang dikatakan akan digunakan sebagai persekitaran di dalam Horizon.

Ini juga bersesuaian dengan sasaran untuk mengurangkan tempoh pembangunan permainan mereka daripada 6 tahun ke 2 hingga 3 tahun sahaja.

Horizon Zero Dawn mungkin tidak akan dilancarkan bersama PlayStation 5 pada akhir tahun depan, akan tetapi ia mungkin akan dikeluarkan pada awal tahun 2021. Adakah ini juga bermakna kita tidak akan mendapat permainan baharu Killzone?


TIPS & ULASAN