Pac-Man sememangnya salah satu ikon untuk dunia permainan video terutamanya di arked di mana ianya bukan sahaja salah satu permainan kegemaran ramai ketika 1980an dahulu, malah francais tersebut dikembangkan dengan pelbagai permainan dengan ramai peminat dari seluruh dunia.
Terkini, Bandai Namco mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sambutan khas buat Pac-Man sepanjang tahun hadapan bersempena dengan ulang tahun yang ke-40.
Antara sambutan pertama yang diperlihatkan adalah satu video khas yang mana ianya memainkan muzik khas dari permainan Pac-Man yang mana pasti menjadi pengalaman nostalgia buat mereka setelah mendengar muzik retro tersebut.
Selain itu, menurut Bandai Namco, sepanjang tahun 2020 mereka akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti dan pengumuman lain bersempena dengan sambutan ini. Mereka juga mengatakan segala pengumuman akan diumumkan di laman rasmi Pac-Man di mana anda boleh melawatinya melalui pautan ini. Semestinya kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.
Dengan pengumuman ini, semestinya ia membuatkan kami mengingati semula saat di mana pertama kali kami bermain permainan Pac-Man. Apakah memori manis anda bersama siri permainan Pac-Man? Tinggalkan komen anda di ruangan di bawah.