Skip to main content

Sempena dengan pelancaran War In The Pacific minggu lepas, EA juga kini melancarkan permainan Battlefield V edisi tahun ke-2 yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan dari tahun pertama secara bersama termasuklah ganjaran-ganjaran permainan dari tahun tersebut.

Menurut EA, edisi ini merupakan edisi yang lengkap buat mereka yang ingin mula bermain permainan Battlefield V yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Battlefield V
  • 17 Senjata Utama dari ganjaran Tides Of War
  • 4 Kenderaan dari ganjaran Tides Of War
  • 2 Kostum askar berkelaskan Epik
  • 10 kostum senjata
  • 4 kostum kenderaan

Bagi anda yang berminat, ianya sudah boleh mula dibeli dengan harga bermula RM249 di Playstation 4, di PC melalui Origin dan di Microsoft Store buat Xbox One.

Battlefield V telah pun dilancarkan tahun lepas yang mana kami telah pun mengulasnya di bawah.

Leave a Reply