Informasi Permainan Video Terkini
Phoenix Point Diumumkan Akan Tiba Pada Disember Ini Untuk PC, Konsol Pada Tahun 2020
PC

Phoenix Point Diumumkan Akan Tiba Pada Disember Ini Untuk PC, Konsol Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada November 4, 2019 oleh .

Phoenix Point merupakan permainan yang dibangunkan oleh Snapshot Games yang diketuai oleh Julian Galliop iaitu mencipta permainan asal X-COM, dan permainan ini boleh dikatakan sebagai sambungan tidak rasmi untuknya.

Snapshot Games mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 3 Disember 2019 untuk PC melalui Epic Games Store yang sudah boleh di pra-tempah dengan harga $18.99 (RM78). Manakala untuk Xbox One ia akan dikeluarkan pada suku pertama 2020 dan PS4 sekitar tahun 2020.

Mereka juga mengumumkan yang versi akses awal akan ditukar ke versi penuh pada 8 November. Oleh disebabkan itu, jika anda ingin bermain dengan lebih awal, anda boleh pra-tempah sehingga 7 November 2019 untuk mengakses versi akses awal tersebut.


TIPS & ULASAN