Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Bandai Namco kini sudah bersiap sedia untuk melancarkan DLC musim kedua buat permainan Soul Calibur VI yang mana salah satu watak yang bakal tiba adalah Haohmaru dari siri Samurai Shodown.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan watak DLC seterusnya iaitu Hilde di mana beliau juga merupakan salah seorang daripada watak DLC musim kedua bagi permainan tersebut.

Hildegard Von Krone ataupun Hilde merupakan watak yang kembali untuk Soul Calibur VI ini di mana beliau pertama kali diperlihatkan adalah ketika Soul Calibur IV yang dilancarkan pada 2008 lepas.

Dengan senjata lembing bersama pedang pendek, Hilde merupakan salah satu watak yang sangat pantas dan berkuasa buat siri tersebut.

Soul Calibur VI telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulas permainan penuh ini di mana anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply