Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Kojima Productions akan mengadakan acara khas jelajah seluruh dunia bersempena dengan pelancaran Death Stranding yang bakal tiba tidak lama lagi.
Melalui acara World Strand Tour, lokasi terhampir semestinya adalah di Singapura yang bernama ianya akan berlangsung pada 17 November 2019 ini di Victoria Theatre, Singapura.

Untuk ke acara tersebut, berikut adalah cara-cara untuk memenangi tiket dan berpeluang untuk berjumpa Hideo Kojima.
Menurut PlayStation Asia, tiket tersebut mempunyai dua cara untuk mendapatkannya yang mana cara pertama adalah secara atas-talian (Terhad kepada 280 tiket) dan ketika hari acara tersebut (terhad kepada 230 tiket).

Bagi cara pertama iaitu secara atas-talian, bermula 4 hingga 6 November, tiket tersebut boleh didapatkan melalui laman Peatix yang mana ianya akan mula dijual pada jam 12 tengah hari sepanjang 3 hari tersebut. Semestinya ianya akan dijual dalam kuantiti yang terhad, sekaligus siapa yang cepat dia akan dapat termasuklah kedudukan tempat duduk. Namun buat masa ini harganya masih belum diumumkan.
Setelah anda berjaya beli tiket tersebut, anda kemudiannya boleh dapatkan gelang tangan ketika hari acara tersebut di Victoria Theatre, Singapura pada jam 2 hingga 4 petang.

Manakala cara kedua adalah dengan hanya ke lokasi acara tersebut iaitu Victoria Theatre di Singapura pada 17 November ini di mana tiket akan disediakan bermula 2 petang. Akan tetapi, seperti yang dinyatakan di atas, tiket tersebut adalah terhad kepada 230 keping sahaja.
Sekali lagi ianya akan diberi kepada secara turutan, sekaligus bagi anda yang terlepas untuk dapatkan tiket secara atas-talian, anda mungkin perlu ke sana secepat mungkin untuk mendapatkannya.
Namun bagi anda yang terlepas kedua-dua cara di atas, anda masih lagi berpeluang untuk dapatkannya dengan menghadiri ke acara tersebut dan menanti di barisan sedia ada untuk dapatkan tiket lebihan buat mereka dapatkan tiket secara atas-talian namun tidak menebusnya.
Untuk informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke laman rasmi Facebook PlayStation Asia.
Death Stranding akan dilancarkan secara rasmi pada 8 November 2019 ini di PlayStation 4. Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.
Manakala ulasan penuh buat permainan tersebut boleh dibaca di bawah.