The Hollywood Reporter hari ini melaporkan yang Peyton Reed iaitu pengarah untuk Ant-man dan Ant-man and the Wasp, sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengarah filem ke-3 untuk Ant-Man. Paul Rudd akan terus kekal membawa watak tersebut.

Buat masa ini, Disney ataupun Marvel tidak berkongsi mengenai tarikh ia akan dikeluarkan tetapi ia dikatakan akan mula penggambaran pada akhir tahun 2020 sehingga 2021 dan akan diterbitkan pada tahun 2022 kerana pada tahun 2020 dan 2021, Marvel Cinematic Universe telah mempunyai 6 filem.

Dengan kata lain, Ant-man 3 akan memasuki fasa ke-5 untuk MCU, menyertai filem-filem yang sebelum ini disahkan iaitu Black Panther yang akan ditayangkan pada Mei 2022, manakala Captain Marvel, Guardian of the Galaxy, Fantastic Four dan juga X-Men masih tidak menerima tarikh pengeluaran tetapi mungkin sekitar tahun 2022 dan 2023.

Sohor Kini