Skip to main content

Selepas tertiris sebelum ini, sesuatu yang menjadi bahan jenaka untuk pengarah Overwatch Jeff Kaplan semasa mengumumkan Overwatch 2 secara rasmi di Blizzcon yang sedang berlangsung.

Dua perkara baharu yang akan disertakan bersama dengan PvP tersedia adalah misi penceritaan dan juga misi hero. Melalui misi penceritaan, pemain akan mendapat mod permainan seakan kempen, satu kebiasaan untuk permainan menembak.

Ia akan mengikut penceritaan mengenai pasukan Overwatch baharu, yang boleh dilihat melalui video pengumuman yang dikongsi oleh Blizzard, kami sertakan di atas, dan kami boleh katakan anda perlu sediakan tisu.

Manakala misi Hero adalah memberi peluang kepada pemain untuk melakukan pelbagai misi yang boleh diulang. Pemain juga boleh meningkatkan tahap setiap watak termasuk juga memberi pelbagai kebolehan tersendiri. Ia adalah mod PvE secara koperasi.

Manakala untuk mod yang menjadi asas utama Overwatch iaitu PvP 6 lawan 6, ia akan disertakan dengan pelbagai penambahan. Pertama, ia akan menyertakan beberapa hero baharu, di dalam video bentuk permainan di bawah, ia memperlihatkan 2 iaitu Echo dan Soujourn.

Kedua, ia juga akan menyertakan peta dan kawasan baharu. Akhir sekali, mod baharu iaitu Push yang juga akan menjadi sebahagian mod dipertandingkan di Overwatch League.

Bagi anda yang sudah bermain Overwatch sekarang, Blizzard juga mengumumkan yang kemaskini untuk kandungan Overwatch 2 akan diberikan secara percuma untuk PvP 6 lawan 6, di mana mereka akan bermain bersama. Segala kostum ataupun barangan lain yang anda miliki juga boleh terus di bawa ke Overwatch 2.

Mereka akan mengumumkan secara lanjut mengenai perkara ini, akan tetapi kami menjangkakan yang anda tidak akan mendapat misi penceritaan dan juga misi Hero jika tidak membeli Overwatch 2. Kami juga menjangkakan, bagi pemilik Overwatch tersedia, anda dapat mendapat sepenuhnya kandungan Overwatch 2 dengan lebih murah.

Buat masa ini mereka tidak berkongsi bila Overwatch 2 akan dikeluarkan.

Leave a Reply