Skip to main content

Penambahan terbaru dan terakhir untuk tahun naga bagi Hearthstone diumumkan secara rasmi oleh Blizzard di acara Blizzcon mereka. Penambahan Descent of Dragons ini akan tiba pada 10 Disember 2019, seperti biasa ia akan menyertakan 135 kad baharu.

Selain itu, antara mekanik baharu yang akan disertakan adalah kata kunci Invoke dan Sidequest. Melalui Invoke ia boleh menguatkan lagi kuasa hero pemain, manakala Sidequest akan memberikan cabaran kepada pemain untuk dilesaikan bagi mendapat kelebihan semasa bermain.

Pra-tempah untuk penambahan ini mempunyai 2 pilihan iaitu 60-pek yang menyediakan golden Legendary card dan juga hiasan kad ia ditawarkan dengan harga $49.99 (RM208). Manakala 100-pek akan memberikan kesemua perkara sebelum ini dan juga Deathwing iaitu hero baharu untuk kelas Warrior, ia ditawarkan dengan harga $79.99 (RM332).

Blizzard juga mengumumkan mod permainan baharu untuk Hearthstone iaitu Battlegrounds. Di mana ia merupakan permainan auto chess yang menggunakan kandungan Hearthstone. 8 pemain bergilir untuk bertarung antara satu sama lain, sehingga seorang menjadi pemenang.

Mod ini akan terbuka kepada semua pemain secara beta pada 12 November, manakala pemain yang menghadiri Blizzcon, memiliki tiket maya Blizzcon dan juga pra-tempah penamabahan Descent of Dragons dapat mencubanya lebih awal iaitu bermula 5 November.

Leave a Reply