Acara tahunan Blizzard iaitu Blizzcon akhirnya bermula, dan bersamanya kita boleh menjangkakan pelbagai permainan baharu ataupun kemaskini akan diumumkan oleh mereka.
Pertama, dan juga mungkin pengumuman yang dinanti-nantikan oleh pemain adalah Diablo IV. Menurut Blizzard, permainan terbaru untuk siri ARPG popular ini berlaku beberapa tahun selepas kejadian di dalam Diablo III.

Selepas jutaan orang terbunuh disebabkan oleh High Heavens dan Burning Hells. Di dalam kekosongan penguasaan tersebut, Lilith iaitu anak kepada Mephisto kembali ke Sanctuary selepas di ‘panggil’ oleh perompak. Kembalinya beliau membawa kegelapan dan kesengsaraan.
Tiga pilihan kelas pertama yang diumumkan oleh Blizzard untuk permainan tersebut adalah The Barbarian, The Sorceseres dan The Druid. Bagi yang berada di Blizzcon anda boleh mencuba watak-watak tersebut.
Buat masa ini, Blizzard tidak berkongsi tarikh pengeluaran, akan tetapi ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.