Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana mereka kini masih lagi meneruskan uintuk menyertakan pelbagai lagi kandungan buat permainan For Honor yang mana bersempena dengan tahun ke-3 dan musim ke-4 melalui kandungan baharu Sun Da yang mana ianya akan menyertakan watak baharu berkelaskan Zhanhu, iaitu pendekar Wu Lin.
Menurut Ubisoft, kandungan ini akan tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC secara serentak bermula 7 November 2019 ini.
Zhanhu merupakan watak seterusnya untuk permainan For Honor yang mana ianya boleh dimainkan sama ada lelaki, Sun Da ataupun perempuan, Fu Huo di bawah sepanduk Wu Lin. Zhanhu merupakan merupakan watak yang pantas dengan kuat yang boleh menyerang dengan menggunakan senjata pedang bernama Changdoa.
Menurut Ubisoft, watak tersebut boleh dimainkan buat mereka yang mempunyai pas musim untuk tahun ke-3 bermula 7 November ini. Manakala untuk pemain lain, ianya boleh dibeli dengan harga 15,000 Steel bermula 14 November.
Juga bersempena dengan pelancaran kandungan Sun Da ini, Ubisoft juga kana melancarkan lokasi baharu iaitu Qiang Pass.
For Honor telah pun dilancarkan pada 2017 lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana Ubisoft juga telah pun melancarkan pelbagai kandungan baharu sejak pelancarannya.