Hari ini, menteri besar Selangor, Dato’ Amirudin Shari melakukan pembentangan bajet untuk negeri Selangor bagi tahun 2020. Di antara pengumuman yang dilakukan adalah kerajaan negeri akan meneruskan penganjuran Selangor Cyber Games untuk tahun 2020.

Selangor Cyber Games untuk tahun ini baru sahaja dianjurkan pada 26 dan 27 Oktober lepas. Dengan pengesahan ini, ia meneruskan penganjuran untuk kejohanan e-sukan ini yang bermula sejak tahun 2014 lagi.

Ini adalah sekadar pengumuman bajet sahaja, oleh disebabkan itu maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi kemudian, kemungkinan besar beberapa bulan sebelum tarikh ia akan dianjurkan.

Sohor Kini