Informasi Permainan Video Terkini
Apple TV+ Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – RM19.90 Sebulan Atau Percuma Percubaan

Apple TV+ Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – RM19.90 Sebulan Atau Percuma Percubaan

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Apple tahun ini buat pertama kalinya menjual iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max pada harga yang lebih murah berbanding iPhone-iPhone tahun lepas. Ini kerana Apple telah memulakan modal perniagaan berasaskan perkhidmatan langganan. Contohnya Apple Arcade, iaitu langganan bulanan untuk bermain permua-permua eksklusif pada harga hanya RM19.90 sebulan.

Hari ini, Apple TV+ iaitu perkhidmatan langganan penstriman video telah boleh dilanggan di Malaysia. Harga langganan adalah RM19.90 sebulan, manakala untuk tahunan RM199.90. Buat masa ini hanya terdapat 11 siri TV sahaja dan hanya 8 yang sudah boleh ditonton, iaitu The Morning Show, See, Dickinson, For All Mankind, The Elephant Queen, Helpster, Ghost Writer, Snoopy in Space, Hala (akan datang), Servant (28 November) dan Truth Be Told (6 Disember). Kesemua siri TV ini adalah kandungan asli dari Apple dan tiada kandungan yang dilesenkan dari pihak lain.

Lebih mengejutkan, kandungan-kandungan Apple TV+ ini dilihat menggunakan pengkadaran Lembaga Penapis Filem (LPF). Ini bermakna, kandungan-kandungan 18 LPF seperti keganasan mungkin akan ditapis seperti mana filem 18 tahun ke atas ditayangkan di Malaysia. Bagi yang ingin melanggan, anda boleh cuba terlebih dahulu secara percuma. Segelintir pengguna akan menerima setahun percuma, manakala yang lain hanya seminggu sahaja.


TIPS & ULASAN