Sebelum ini, Bandai Namco mengesahkan yang mana permainan dunia terbuka RPG akan datang Dragon Ball Z: Kakarot akan menyertakan penceritaan dari Buu Saga.
Terkini, Bandai Namco berkongsi satu video acah khas sempena Paris Games Week 2019 yang memperlihatkan sebilangan bentuk permainan baharu bersama-sama adegan dari Buu Saga termasuklah beberapa bentuk permainan watak gabungan Goku dan Vegeta iaitu Vegito.
Melalui video tersebut, Dragon Ball Z: Kakarot kelihatan bukan sahaja akan memfokuskan watak Goku sebagai watak yang boleh dimainkan, malah permainan ini juga akan membenarkan pemain untuk bermain Gohan ketika remaja dan juga Vegeta.
Menariknya, video acah tersebut juga mengesahkan watak-watak gabungan seperti Gotenks dan Vegito juga boleh dimainkan disamping pelbagai adegan dari siri anime Dragon Ball Z.
Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan yang dibangunkan oleh CyberConnect 2 dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ianya bakal tiba secara rasmi pada 17 Januari 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.