Siri The Witcher akan boleh distrim pengguna Netflix bermula 20 Disember ini. Kami yakin ramai pembaca Amanz yang menantikan siri ini kerana ia amat berkait rapat dengan permainan video The Witcher yang diterbitkan oleh CDProjekt Red. Sempena pengumuman tarikh tayangan. sebuah trailer baru turut diterbitkan hari ini.
Kita akhirnya dapat melihat lebih banyak aksi Henry Cavill sebagai Geralt serta dunia Witcher yang dipenuhi makhluk halus dan magis. Tidak seperti permainan video, siri Netflix ini menerima sentuhan dari penulis asal Andrzej Sapkowski bagi memastikan adaptasi yang sehampir mungkin kepada versi novel. Selepas menonton trailer ini kami kini tidak sabar untuk melihat pengembaraan Geralt of Rivia versi aksi nyata.