Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Wales Interactive dan Kaigan Games mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama untuk melancarkan permainan Simulacra ke konsol dan kini tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan.

Menurut Wales Interactive, Simulacra akan dilancarkan pada 3 Disember 2019 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di Switch.

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan Simulacra, ianya adalah permainan bergenre telefon hilang yang dibangunkan oleh pembangun tempatan iaitu Kaigan Games. Kami sebelum ini telah pun mengulaskan permainan ini yang mana ianya telah pun dilancarkan di PC dan di peranti telefon pintar.

Kini dengan pelancaran permainan ini di konsol, sudah pasti ianya akan menarik minat lebih ramai pemain untuk mencuba permainan ini dan pasti akan memberi kejutan besar buat mereka.

Selain itu, Kaigan Games juga hari ini mengumumkan Simulacra 2 juga akan dilancarkan pada bulan Disember ini, namun ia akan tiba di PC dan peranti telefon pintar sahaja dahulu buat masa ini.

Sohor Kini