Informasi Permainan Video Terkini
Simulacra 2 Bakal Tiba 12 Disember Ini Di Steam, iOS Dan Android
PC

Simulacra 2 Bakal Tiba 12 Disember Ini Di Steam, iOS Dan Android

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Tampaknya tarikh pelancaran Simulacra 2 diumumkan lebih awal daripada yang dijanjikan oleh Kaigan Games yang mana hari ini melalui saluran Youtube rasmi mereka, Simulacra 2 disahkan akan tiba pada 12 Disember 2019 ini di PC melalui Steam dan juga versi permua di iOS dan Android.

Melaluinya, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan sedikit sebanyak premis permainan tersebut yang mana kali ini, anda berpeluang untuk menyiasat kematian juru hebah profesional yang meninggal dunia dengan menggunakan telefon pintar milik beliau.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Simulacra 2 dibangunkan oleh Kaigan Games, iaitu pembangun tempatan yang mana mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Sara Is Missing, iaitu bentuk permainan telefon hilang. Sebelum ini mereka telah melancarkan Simulacra yang mana kami juga telah pun mengulasnya dan kini, sekuel kepada permainan tersebut akhirnya bakal tiba penghujung tahun ini.

Sebelum ini kami juga melaporkan yang mana muzik latar Simulacra 2 juga boleh distrimkan di mana-mana platform penstriman muzik.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan, ianya sudah pun tersenarai di Steam di mana anda boleh memasukkannya ke senarai hajat permainan anda. Manakala di platform telefon pintar pula ianya akan diumumkan kemudian.


TIPS & ULASAN