Hari ini Nintendo mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku kedua untuk tahun fiskal 2019-2020 mereka, di mana mereka mengumumkan konsol Nintendo Switch telah terjual sebanyak 41.67 juta unit iaitu konsol tersebut terjual sebanyak 4.8 juta unit untuk bulan Julai sehingga September 2019.

Pada 20 September lepas, Nintendo mengeluarkan Switch Lite secara rasmi yang memperlihatkan selepas lebih seminggu dikeluarkan, konsol tersebut terjual sebanyak 1.95 juta unit, manakala konsol Switch terjual sebanyak 2.85 juta unit sepanjang tiga bulan tersebut.

Bagi permainan pula, untuk dua permainan yang dikeluarkan oleh mereka sepanjang bulan tersebut adalah Fire Emblem: Three Houses yang dikeluarkan pada bulan Julai terjual sebanyak 2.29 juta unit dan The Legend of Zelda: Link’s Awakening walaupun baru sahaja dikeluarkan, ia terjual sebanyak 3.13 juta unit.

Dengan pengenalan kepada dua konsol baharu, ia membantu Nintendo untuk meningkatkan jumlah penjualan konsol mereka. Manakala untuk suku ketiga, Oktober hingga Disember ini sudah semestinya akan memberikan jumlah yang lebih tinggi kerana ‘holiday season’ dan juga permainan Pokemon Sword and Shield akan dikeluarkan November ini.

Sohor Kini