Setelah sebulan akses beta untuk rekaan baharu untuk perpustakaan Steam sebelum ini, kini Valve akhirnya melancarkan secara rasmi buat semua pengguna.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, rekaan perpustakaan baharu Steam ini akan mempunyai beberapa rekaan senarai permainan dengan lebih terperinci dan lebih kemas dengan pelbagai tetapan yang anda boleh lihat. Bukan sahaja ianya memudahkan akses anda untuk melihat senarai kawan yang mempunyai permainan yang sama malah ianya memudahkan penyusunan permainan dengan keupayaan untuk menarik dan meletak secara terus.
Selain itu, Valve juga melancarkan Remote Play Together buat kesemua pengguna secara rasmi.
Bagi anda yang ingin mendapatkan kemaskini tersebut, pastikan anda memuat-turun kemaskini terkini buat aplikasi Steam anda.