Bersempena dengna cara Paris Games Week 2019 yang berlangsung minggu ini, hari ini Koei Tecmo memperlihatkan video acah baharu untuk permainan Fairy Tail yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Fairy Tail, ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Gust dan diterbitkan oleh Koei Tecmo. Permainan ini adalah berdasarkan siri anime terkenal Fairy Tail yang mana ia akan memfokuskan bentuk JRPG dengan bentuk pertempuran secara turutan.
Melalui video acah di atas, Koei Tecmo memperlihatkan sebilangan bentuk permainan dan beberapa watak yang bakal tiba buat permainan tersebut. Menariknya juga, mereka juga mengesahkan permainan ini akan menyertakan penceritaan asli yang diselia oleh Hiro Mashima, iaitu pereka siri tersebut.
Fairy Tail dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan di konsol Playstation 4, Switch danjuga PC.