Skip to main content

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan November ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One. satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Sherlock Holmes: The Devil’s Daughter – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 November
  • The FInal Station – Boleh ditebus dari 16 November hingga 15 Disember
  • Star Wars: Jedi Starfighter– Boleh ditebus dari 1 hingga 15 November
  • Joy Ride TUrbo – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 November

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang November ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Oktober, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Leave a Reply