Kemaskini: Sony Interactive Entertainment Singapura hari ini mengesahkan yang mana permainan Nioh 2 akan dilancarkan pada 12 Mac 2020 buat pasaran Malaysia dan pra-tempahan kini sudah dibuka dengan bermula harga RM239 melalui PSN Store.

Artikel Asal: Setelah pengumuman beta terbuka Nioh 2 baru-baru ini oleh Koei Tecmo. mereka kini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac 2020 ini di konsol Playstation 4.

Buat masa ini, tarikh pelancaran di platform lain masih belum diumumkan dan kami percaya memandangkan permainan pertama Nioh juga dilancarkan di Steam, ianya mungkin akan tiba di PC namun selepas pelancarannya di Playstation 4.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Nioh, Nioh pertama dilancarkan tahun lepas yang mana ia merupakan permainan aksi pengembaraan seakan Dark Souls yang bertempatkan di kawasan Jepun. Terkini melalui Nioh 2, ianya akan memfokuskan watak baharu.

Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, beta terbuka buat Nioh 2 akan berlangsung pada 1 hingga 10 November ini buat semua pemain Playstation 4 yang mana ianya boleh dimuat-turun di PSN Store secara percuma pada tarikh tersebut.

Menariknya, bagi anda yang mempunyai fail simpanan permainan Nioh pertama, anda berpeluang untuk menggunakan watak William dari permainan pertama di dalam sesi beta terbuka tersebut. Tambahan itu, Koei Tecmo juga akan memebri ganjaran Mark Of The Demom Slayer buat mereka yang melengkapkan beta terbuka tersebut apabila mereka membeli permainan penuh kelak.

Namun, bagi anda yang masih belum memiliki permainan Nioh pertama di Playstation 4, Sony juga mengumumkan yang mana permainan tersebut adalah permainan percuma untuk bulan November ini bagi pelanggan Playstation Plus.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda mencuba Nioh 2 bermula esok.

Sohor Kini