Bersempena Paris Games Week 2019 yang berlangsung hari ini, Hideo Kojima berkongsi satu video acah baharu sempena pelancaran permainan tersebut yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagi anda berminat, anda boleh menonton video acah tersebut di bawah yang mana ianya memperlihatkan sebilangan adegan-adegan di dalam permainan tersebut dengan beberapa watak yang kita temui sebelum ini seperti Heartman, Cliff dan semestinya watak Sam, iaitu watak pemain sendiri.

Video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan lokasi yang akan pemain terokai termasuklah pelbagai kawasan bergunung-ganang dan sebagainya.

Death Stranding merupakan permainan dunia terbuka oleh Kojima Productions dan ia bakal tiba 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4. Manakala versi PC juga diumumkan yang mana ia bakal tiba tahun hadapan.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.

Sohor Kini