Julai lepas kami melaporkan yang PlayStation 4 telah terjual sebanyak 97.4 juta unit setakat berakhirnya suku pertama iaitu pada bulan Jun. Hari ini, melalui laporan prestasi kewangan Sony untuk suku kedua tahun fiskal 2019-2020, PlayStation 4 telah terjual sebanyak 2.8 juta unit yang membawa jumlah keseluruhan adalah 100.2 juta unit.
Berdasarkan beberapa laporan, PS4 telah terjual 102.8 juta unit yang sudah mengatasi jumlah jualan untuk PlayStation dan juga Wii.
Walaupun jumlah jualan konsol berkurangan jika dibandingkan dengan suku lepas, akan tetapi jumlah permainan terjual meningkat dengan suku ini adalah 61.3 juta unit berbanding 42.9 pada suku lepas. Ia juga memperlihatkan pembelian secara fizikal melebihi digital iaitu sebanyak 67%.
Dengan PlayStation 5 akan dikeluarkan pada akhir tahun depan, kita boleh jangkakan yang jualan konsol PlayStation 4 akan terus berkurangan dari suku ke suku yang akan memberi impak kepada perniagaan Sony.