Skip to main content

Pada Ogos lepas, Sensor Tower membuat anggaran yang Pokémon GO telah mencatat jumlah pendapatan sebanyak $2.7 bilion (RM11.2 bilion) dan kini kurang 3 bulan kemudian permainan mudah alih tersebut telah menambah 300 juta lagi untuk membawa jumlah pendapatan terkini kepada $3 bilion (RM12.55 bilion).

Bahkan untuk tahun 2019 sahaja, permainan tersebut telah mengutip jumlah pendapatan sebanyak $774.3 juta (RM3.2 bilion) yang mungkin akan memecah rekod pendapatan tahunan yang dipegang oleh tahun 2016 iaitu tahun pertama ia dilancarkan.

Jika mengikut negara, Amerika Syarikat penyumbang tertinggi iaitu 36.2% diikuti oleh Jepun 29.4% dan Jerman dengan 6%. Manakala untuk platform pula Play Store tertinggi dengan 54.4% dan App Store 45.6%.

Leave a Reply