Skip to main content

EA baru sahaja mengumumkan yang Star Wars Jedi: Fallen Order merupakan permainan pertama EA yang akan kembali di tawarkan melalui Steam. Permainan tersebut yang akan tiba pada pertengahan bulan depan, turut menerima trailer pelancaran hari ini.

Melaluinya, ia memperlihatkan kembali penceritaan permainan ini yang memfokuskan watak Cal Kestis yang merupakan seorang Jedi yang diburu oleh Empire selepas Order 66 dikeluarkan.

Selepas permainan berdasarkan Star Wars menerima persepsi negatif kerana masalah Battlefront II dan juga pelbagai permainan dibatalkan, ini mungkin satu langkah kanan untuk EA dan permainan Star Wars.

Permainan yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment ini akan dikeluarkan pada 15 November untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply