Skip to main content

Rovio sebelum ini telah pun melancarkan permainan Angry Birds VR: Isle Of Pigs di PC dan konsol. Ia adalah permainan realiti maya berdasarkan siri Angry Birds. Kemudian pada bulan Mei lepas, Rovio hadir dengan versi permua untuk iOS pula – tetapi dalam bentuk realiti terimbuh pula. Ia adalah percuma pada iOS dengan pilihan berbayar untuk matikan iklan.

Kini, versi Android pula diumumkan yang juga adalah percuma untuk dimainkan dan dengan hanya RM18.99 iklan boleh dibuang. Permua ini hanya boleh dimainkan dengan peranti Android yang mempunyai sokongan ARCore sahaja. Angry Birds AR: Isle Of Pigs merupakan permua realiti terimbuh yang mirip sahaja dengan mana-mana permainan Angry Birds sebelum ini. Cuma, kini ia lebih ke dalam dunia realiti dan pemain perlu menggunakan peranti dan imbas keadaan sekeliling terlebih dahulu.

Melalui permua ini, kesemua watak klasik Angry Birds juga hadir seperti Red, Bomb, Chuck dan juga Blues di mana setiap satunya mempunyai kemahiran yang berbeza. Lebih menarik permua ini juga akan menyertakan peringkat 3D yang mana pemain berupaya untuk melihat keseluruhan pentas Angry Birds dalam bentuk 360 darjah. Permua ini juga akan menyertakan lebih dari 50 peringkat untuk pemain main dan kandungan tambahan juga akan dilancarkan kemudian.

Leave a Reply