Pusingan awal untuk PUBG Mobile Club Open untuk Fall Split bagi tahun 2019 sudah bermula sejak September dan baru sahaja berakhir awal bulan ini, manakala peringkat akhir untuk Asia Tenggara akan berlangsung di Bangkok pada 1 hingga 3 November ini untuk menentukan pasukan yang mendapat tempat di pusingan akhir global yang akan berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember di PWTC, Malaysia.
Bersempena dengannya, PUBG Mobile mengumumkan jualan tiket awal untuk pusingan akhir tersebut kini bermula sehingga 5 November, di mana ia akan ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 20%. Manakala jualan secara rasmi akan bermula pada 6 November sehingga 1 Disember.
Pusingan akhir global kelak akan menyertakan 16 pasukan dan untuk Malaysia ia akan diwakili oleh wakil tunggal iaitu Yoodo Gank sebagai pasukan terbaik di peringkat awal negara. Pusingan akhir menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $2.5 juta (RM10.46 juta).
[info]PMCO Pusingan Akhir Global: Jualan Tiket Awal[/info]