Skip to main content

EA hari ini melaporkan prestasi kewangan mereka untuk suku kedua tahun fiskal 2019-2020 yang berakhir pada September lepas. Antara pengumuman menarik adalah jumlah pendapatan secara digital meningkat 8% berbanding tahun lepas dan menyumbangkan kepada 78% untuk jumlah pendapatan iaitu $3.89 bilion (RM16.28 bilion).

Penyumbang utama untuk jumlah pendapatan tersebut adalah FIFA Ultimate Team yang menurut EA, ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 22% berbanding tahun lepas untuk jumlah pemain unik.

Madden Ultimate Team pula ia mod permainan sama untuk permainan American Football memperlihatkan peningkatan sebanyak 19% berbanding tahun lepas. Ia adalah satu kejayaan yang baik untuk permainan simulasi sukan mereka walaupun mengumumkan pembatalan NBA Live 20, mungkin kerana tidak dapat melawan dominasi NBA 2K.

Selain itu, EA juga mengumumkan yang Apex Legends kini mempunyai 70 juta pemain, ia adalah peningkatan sebanyak 20 juta pemain berbanding 50 juta pemain pada bulan Mac lepas iaitu sebulan selepas ia dikeluarkan. The Sims 4 pula memperlihatkan jumlah purata pemain bulanan meningkat sebanyak 40% berbanding tahun lepas.

Dengan beberapa permainan yang akan datang, manakala mod seperti FIFA Ultimate Team dan juga Madden Ultimate Team mereka sudah semestinya berharap prestasi kewangan yang baik untuk suku ketiga.

Leave a Reply