Skip to main content

EA hari ini mengumumkan kerjasama dengan Valve untuk bukan sahaja membawa permainan mereka ke Steam tetapi juga menyediakan perkhidmatan EA Access melaluinya.

Sejak EA melancarkan klien mereka sendiri iaitu Origin, permainan EA untuk PC dikeluarkan secara eksklusif di klien tersebut termasuk juga menawarkan perkhidmatan Origin Access.

Permainan pertama yang di bawa ke Steam adalah Star Wars Jedi: Fallen Order yang akan dikeluarkan pada 15 November 2019. Permainan tersebut sudah disenaraikan di Steam dengan harga RM249.

Manakala EA Access pula, iaitu perkhidmatan langganan yang memberikan pemain sebilangan permainan dengna bayaran bulanan akan tiba pada suku kedua tahun depan. Ia adalah tawaran seperti yang ditawarkan melalui Origin Access serta EA Access untuk PlayStation 4 dan Xbxo One.

Sebagai persediaan untuk EA Access tersebut, permainan-permainan EA lain akan mula hadir ke Steam seperti The Sims 4, Unravel 2, Apex Legends, FIFA 20 dan Battlefiel V.

Jika anda berharap untuk tidak lagi memasang Origin, satu berita tidak baik untuk anda adalah walaupun permainan dibeli melalui Steam, ia masaih memerlukan Origin untuk bermain.

Leave a Reply