Skip to main content

Tencent minggu ini mengeluarkan satu penulisan di laman rasmi mereka yang menerangkan bagaimana mereka akan membendung masalah penipuan di dalam permainan PUBG Mobile.

Selain itu mereka juga menjawab pelbagai mitos yang hadir mengenai masalah penipuan tersebut, antaranya adalah mereka menyangkal mengenai pemain yang berbelanja tidak akan diharamkan walaupun menipu.

Mereka juga menyangkal yang pemain dari negara tertentu tidak akan diharamkan, sebaliknya mereka mengatakan setiap negara ada penipu tetapi majoriti pemain dari setiap negara adalah tidak.

Berdasarkan laporan Polygon, Tencent juga mengatakan yang mereka mengharamkan ribuan pemain setiap hari akan tetapi jumlah tersebut adalah sebilangan kecil sahaja daripada 100 juta pemain aktif setiap bulan yang bermain permainan pertempuran royale tersebut.

Tampaknya, masalah penipuan bukan sahaja berlaku untuk versi PC tetapi juga untuk versi mudah alih, bahkan ia mungkin lebih teruk.

Leave a Reply