Skip to main content

Disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Overkill Software sehingga mereka hampir ditutup, pembangunan Payday 2 dihentikan, bahkan mereka juga mengeluarkan versi Ultimate Editon sebagai pengeluaran ‘terakhir’ untuk permainan tersebut.

Namun, Overkill yang sudah melalui proses penstrukturan semula, mengumumkan yang mereka bakal memulakan semula pembangunan Payday 2 dan akan menerima pelbagai kandungan baharu, secara percuma dan juga berbayar.

Oleh disebabkan itu, versi Ultimate Edition akan dinamakan semula ke Legacy Edition. Buat masa ini mereka sekadar mengatakan kandungan baharu akan diumumkan tidak lama lagi, dan berdasarkan penyenaraian di Steam, kandungan baharu Border Crossing Heist akan tiba November ini.

Mereka juga sebelum ini mengumumkan yang Payday 3 akan dikeluarkan sekitar tahun 2022 dan 2023, jadi sebelum itu sama-samalah kita nantika kandungan baharu untuk Payday 2.

Payday 2 sudah dikeluarkan sejak tahun 2013 untuk hampir kesemua konsol dan PC termasuk juga konsol generasi lepas.

Leave a Reply