Netmarble dan Marvel ketika Thailand Game Show telah mengumumkan 4 adiwira baharu utnuk permainan mudah alih mereka iaitu Marvel Future Fight yang digelar sebagai Warriors of the Sky.
4 adiwira yang disertakan adala;
- Blue Dragon iaitu adiwira dari Vietnam menggunakan senjata lembing dan juga mempunyai kebolehan untuk menukar apa yang disentuhnya menjadi senjata.
- War Tiger pula berasal dari Thailand menggunakan senjata yang digelar sebagai taring harimau, beliau juga mempunyai kekuatan yang tinggi.
- Shadow Shell adalah adiwira yang berasal dari Taiwan menggunakan senjata rifle yang memfokuskan pertempuran jarak jauh. Beliau juga menggunkan periasi Ba Gua.
- Sun Bird yang mungkin paling menarik minat kerana beliau adalah adiwira yang berasal dari Malaysia. Beliau merupakan lanun daripada tahun 1600 yang dilahirkan semula oleh senjata keris kembar.
Keempat-empat watak tersebut akan datang ke dalam permainan Marvel Future Fight tidak lama lagi. Apa pendapat anda mengenai keempat-empat watak yang tampaknya memfokuskan Asia Tenggara?