Informasi Permainan Video Terkini
Jumlah Muat Turun Mario Kart Tour Dalam Masa Sebulan Mencecah 120 Juta

Jumlah Muat Turun Mario Kart Tour Dalam Masa Sebulan Mencecah 120 Juta

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Selepas seminggu dikeluarkan, Mario Kart Tour dilaporkan telah mendapat 90 juta jumlah muat turun, minggu ini berdasarkan anggaran Sensor Tower, permainan mudah alih tersebut telah dimuat turun sebanyak 123.9 juta kali selepas sebulan dikeluarkan.

Ia merupakan satu pencapaian yang tertinggi untuk permainan mudah alih Nintendo, di mana sebelum ini jumlah tertinggi muat turun dalam masa sebulan adalah Super Mario Run yang dimuat turun sebanyak 21.8 juta kali.

Walaupun mendapat jumlah muat turun yang tinggi, tetapi ia masih tidak dapat melawan jumlah perbelanjaan pemain berbanding Fire Emblem Heroes di mana ia sekadar mengutip $37.4 juta (RM156 juta) berbanding $67.6 juta (RM282 juta).


TIPS & ULASAN