Helldivers merupakan permainan penembak atas bawah yang dilancarkan pada 2015 lepas di konsol Playstation 4, Playstation Vita dan Playstation 3 dan ianya dibangunkan oleh Arrowhead Studios.

Terkini, mereka mengumumkan bahaya permainan tersebut kini menerima kemaskini baharu yang dinamakan Dive harder di mana ianya tiba secara percuma buat kesemua pemilik permainan tersebut.

Melalui kemaskini tersebut, ianya akan menyertakan mod baharu yang dipanggil Proving Grounds dan beberapa penaik-tarafan dari sistem kelengkapan dan sebagainya.

Menariknya melalui mod tersbeut, pemain diberi bentuk pengembaraan yang lebih mendalam dan ia memfokuskan bentuk ulang semula permainan dengan pelbagai ganjaran buat pemain dengan melakukan sebilangan cabaran. Mod ini juga menyertakan sebilangan bentuk perubahan permainan yang mana akan memberi lebih banyak cabaran dan perubahan permainan yang mana pasti akan memberi pemain lebih banyak bentuk strategi dan taktikal yang pemain perlu lakukan.

Helldivers telah pun dilancarkan di konsol Playstation beberapa tahun lepas dan menariknya sekali bersempena dengan pelancaran kemaskini ini, ianya juga kini dijual dengan harga hanya RM12 sahaja melalui PSN Store yang mana ianya adalah permainan penuh yang disertakan bersama kemaskini Dive Harder. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh ke pautan di bawah.

Beli PSN: Helldiver: Dive Harder

Sohor Kini