Skip to main content

Permainan simulasi WWE 2K20 baru sahaja dilancarkan minggu lepas di konsol dan PC yang mana dukacitanya ianya mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan ramai peminat menghasilkan satu tagar khas iaitu #FixWWE2K20 di laman sosial media.

Oleh hal sedemikian, 2K Sports minggu ini melalui akaun rasmi permainan tersebut yang mana mereka akan mengemaskini permainan tersebut dan membaiki segala masalah pepijat permainan tersebut dan akan melancarkan sebilangan kemaskini di dalam beberapa minggu ini.

Semestinya masalah ketika pelancaran permainan bukanlah satu benda yang mengejutkan, namun memandangkan permainan ini mendapat pelbagai masalah yang begitu teruk, sehingga membuatkan permainan tersebut rosak, semestinya ia menjadi satu masalah utama.

Menariknya juga, permainan ini juga kini tidak lagi dibangunkan oleh Yuke’s yang mana kami percaya ianya juga mengapa salah satu punca utama kenapa permainan tersebut bermasalah. Meskipun begitu, kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah 2K Sports berkongsinya kelak.

Selain itu, bagi anda yang membeli permainan tersebut di Playstation 4, Sony juga dilaporkan akan membuat pembayaran semula bagi mereka yang meminta. Sekaligus bagi anda yang berbuat demikian, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Playstation.

WWE 2K20 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC minggu lepas. Ianya adalah permainan simulasi gusti berdasarkan siri WWE dan ia dibangunkan oleh Visual Concepts dan dilancarkan oleh 2K Sports.

Leave a Reply