Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch 2 Tertiris – Akan Diumumkan Secara Rasmi Pada BlizzCon 2019 Ini

Overwatch 2 Tertiris – Akan Diumumkan Secara Rasmi Pada BlizzCon 2019 Ini

Diterbitkan pada Okt 28, 2019 oleh .

Tampaknya, hujung minggu ini bersempena acara BlizzCon 2019 yang bakal berlangsung, Blizzard kelihatan akan sibuk dengan pelbagai pengumuman seperti pengumuman Diablo IV yang tertiris sebelum ini dan kini mereka juga mungkin akan mengumumkan permainan penembak arena seterusnya iaitu Overwatch 2, seperti yang dilaporkan oleh kami pada Jun lepas.

Menurut laporan ESPN, Overwatch 2 akan menyertakan beberapa bentuk permainan baharu seperti bentuk PvE yang akan memfokuskan bentuk penceritaan. Selain itu, laporan tersebut juga mengumumkan yang mana Blizzard juga mungkin akan mengumumkan watak baharu secara bersama. Selain itu, terdapat juga beberapa imej yang tertiris yang mana ianya kelihatan akan memfokuskan watak-watak di dalam permainan tersebut sebagai “Talent” dan beberapa watak sedia ada dengan sebilangan kostum baharu.

Semestinya buat masa ini, Blizzard masih belum mengumumkannya secara rasmi dan dengan pelancaran permainan Overwatch di Switch beberapa minggu lepas, kami percaya permainan seterusnya buat siri ini mungkin tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Meskipun begitu, permainan Overwatch pertama telah pun dilancarkan pada 2016 lepas dan selang 3 tahun kemudian, ianya mungkin memerlukan satu kandungan baharu untuk meneruskan legasi permainan tersebut.

Memandangkan acara BlizzCon 2019 bakal berlangsung hujung minggu ini, kami percaya Blizzard pasti akan mengumumkan ketika acara tersebut dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN