E3 lepas, kami berkongsi yang mana THQ Nordic akan melancarkan semula permainan SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Terkini, THQ Nordic berkongsi dua video khas yang mana mereka memperlihatkan edisi terhad buat permainan yang bakal mereka lancarkan secara bersama.
Edisi pertama yang diperlihatkan adalah edisi “Shiny” yang mana ianya menyertakan figura khas SpongeBob bersama haiwan peliharaan beliau iaitu Gary, pelekat khas, stoking khas dan enam litografi khas.
Menurut THQ Nordic, edisi ini akan dijaul dengan harga $149.99(~RM628).
Manakala edisi kedua pula adalah edisi “F.U.N.” yang mana ianya akan menyertakan kesemua seperti edisi “Shiny” namun akan menyertakan dua figura tambahan iaitu figura Patrick, Sandy dan 5 rantai kunci khas.
Bagi edisi ini pula, ianya akan dijual dengan harga $299.99(~RM1,256).
SpongeBob Squarepants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan asalnya yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Ianya memfokuskan bentuk pengembaraan yang mana pemain akan bermain sebagai SpongeBob dan akan mengembara bersama-sama rakan beliau seperti Sandy, Patrick dans sebagainya. Menurut THQ Nordic, mereka akan mengolahkan semula dengan visual terkini disamping pernaik-tarafan bentuk permainan.
Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba sekitar tahun hadapan.