Skip to main content

E3 lepas, SEGA mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan olahan semula untuk permainan klasik Panzer Dragoon di konsol Switch.

Terkini, pembangun permainan tersebut iaitu MegaPixel Studio dan penerbit Forever Entertainment akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut juga akan dilancarkan di PC melalui Steam.

https://twitter.com/PanzerDragoonRE/status/1187670702989684737

Seperti anda sedia maklum, Panzer Dragoon iaitu permainan yang asalnya dilancarkan di SEGA Saturn beberapa tahun lepas yang mana ia memfokuskan bentuk penembak di mana pemain akan mengawal seekor naga dengan menaikinya.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan tersebut akan diolah semula dengna bukan sahaja mempunyai visual yang lebih terkini malah mempunyai bentuk kawalan yang dinaik-taraf. Menurut pembangun, mereka akan menyertakan kawalan seperti keupayaan untuk bergerak secara 360 darjah dan fungsi kunci sasaran.

Buat masa ini informais lanjut masih belum diumumkan dan kami akan mengemaskini setelah ia dikongsikan.

Leave a Reply