Seperti anda sedia maklum sebelum ini, Capcom akan melancarkan penambahan Iceborne buat permainan Monster Hunter World pada awal tahun hadpaan dan kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya iaitu ia bakal tiba pada 9 Januari 2020 ini.
Monster Hunter World: Iceborne sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol pada September lepas yang mana ianya bukan sahaja menyertakan pelbagai raksasa baharu untuk diburu malah lokasi bersalji baharu iaitu Hoarfrost Reach.
Melalui versi PC ini, Capcom mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan beberapa kandungan bersama seperti kostum khas yang pemain boleh dapatkan jika pemain membuat pra-tempah dan sebagainya.
Bagi anda yang bermiant untuk membuat pra-tempahan, ianya kini boleh dilakukan di Steam dengan harga RM131 untuk edisi biasa. Manakal edisi Deluxe boleh dibeli dengan harga RM164.
Namun sebagai peringatan, pernambahan ini memerlukan anda untuk mempunyai permainan penuh Mosnter Hunter World yang boleh dibeli juga di Steam.