Informasi Permainan Video Terkini
Kita Jaga Kita Adalah OST Baharu Ejen Ali The Movie Nyanyian Altimet

Kita Jaga Kita Adalah OST Baharu Ejen Ali The Movie Nyanyian Altimet

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Lebih sebulan kita telah mendengari OST Ejen Ali The Movie yang berjudul Bukalah Matamu. OST ini dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dan Bunga dan ia mempunyai lirik yang menarik, melodi yang moden dan sesuai dengan filem Ejen Ali. Semalam, Wau Animation mengadakan sidang media khas untuk filem ini. Di sidang ini, mereka mengumumkan OST baharu – Kita Jaga Kita. OST ini dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan juga Malik Abdullah.

Hari ini, video muzik berlirik OST ini telah diterbitkan. Lirik dan melodi OST ini juga menarik dan unik. Altimet turut berkongsi sejarah lagu ini dihasilkan. Menurut beliau, kita perlu sentiasa menyokong antara satu sama dengan yang lain dalam kehidupan ini. Kemudian, beliau dan Malik Abdullah turut menonton siri Ejen Ali di YouTube untuk mencari inspirasi – oleh yang demikian OST Kita Jaga Kita ini lahir.


TIPS & ULASAN