Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Baharu Untuk PUBG Mobile Lite Menyertakan Zombi Labu Sempena Halloween

Kemaskini Baharu Untuk PUBG Mobile Lite Menyertakan Zombi Labu Sempena Halloween

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Tencent hari ini mengumumkan kemaskini 0.14.6 untuk PUBG Mobile Lite yang menyertakan pelbagai kandungan termasuk juga berdasarkan Halloween yang menjadi tema utama pada bulan ini, kemaskini ini tiba akan hadir bermula hari ini.

Antara penambahan yang disertakan adalah mod Survive Till Dawn kini menyertakan Zombi Labu. Selain daripada itu, ia juga menyertakan pelbagai penambahan untuk meningkatkan pengalaman bermain, antaranya adalah;

  • Boleh menggunakan watak ‘Victor’ semasa bermain mod Survive Till Dawn yang akan mengurangkan masa untuk mengisi semula peluru bagi senjat sub-machine.
  • Tiga senjata baharu aiitu Sawed-Off shotgun, manakala khusus untuk mod Survive till Dawn adalah M134 Minigun dan Flamethrower
  • Pemain juga kini boleh mendapat pelbagai ganaran dengan menonton video di bahagian purchase

PUBG Mobile Lite kini boleh dimuat turun untuk peranti Android melalui Play Store ia merupakan versi PUBG Mobile yang memerlukan sepesifikasi yang lebih rendah tetapi menyediakan peta yang lebih keci yang mengandungi 60 pemain sahaja.


TIPS & ULASAN