DeNa dan The Pokémon Company hari ini mengumumkan pelbagai penambahan kandungan untuk permainan mudah alih mereka iaitu Pokémon Masters yang sudah dikeluarkan pada bulan Ogos lepas untuk iOS dan Android.

Berikut adalah antara penambahan yang disertakan;

  • 3 bab penceritaan baharu akan disertakan bermula 6 November yang akan meneruskan penceritaan permainan tersebut.
  • Calem iaitu watak utama daripada Pokémon X dan Pokémon Y akan menjadi antara watak yang disertakan di dalam penceritaan tersebut.
  • Tapa kesukaran Expert disertakan untuk Strike, Tech dan Support di Training Area.
  • Misi masa terhad baharu disertakan sehingga 6 November, yang akan memberikan pemain ganjaran 200 gems, 20 Big Pearls dan pelbagai barangan latihan.

Pokémon Masters boleh dikatakan satu permainan mudah alih yang popular apabila menerima 10 juta jumlah muat turun selepas 4 hari dikeluarkan.

Sohor Kini