Permainan percuma untuk minggu ini di Epic Games Store adalah Q.U.B.E 2 dan juga Layers of Fear yang boleh dimuat turun ataupun ditebus bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2019.
Q.U.B.E 2 merupakan permainan terkaria sudut pandangan diri pertama yang dibangunkan oleh Trapped Nerve Games serta diterbitkan oleh Toxic Games untuk semua platform utama sejak tahun lepas.
Manakala Layers of Fear juga permainan sudut pandangan diri pertama tetapi ia juga adalah permainan seram. Dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Aspyr Media untuk semua platform utama sejak tahun 2016.
Berakhirnya tawaran ini pada 31 Oktober kelak, ia akan digantikan pula dengan dua permainan iaitu Soma dan Costume Quest.
[info]Epic Games Store: Permainan Percuma Mingguan[/info]