Teppen telah pun dilancarkan secara rasmi pada Julai lepas yang mana ianya adalah permainan kad berdasarkan watak-watak daripada permainan keluaran Capcom yang terdiri daripada pelbagai francais seperti Mega Man, Resident Evil dan sebagainya.

Terkini, Capcom dan GungHo Online Entertainment mengumumkan kandungan “The Devils Awaken” kini akhirnya tiba buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan kad dan watak daripada siri Devil May Cry 5.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan sebahagian penceritaan daripada permainan penuh Devil May Cry 5, sekaligus buat mereka yang masih belum bermainnya, saya sarankan untuk anda tidak menonton video di bawah kerana ianya menyertakan beberapa beberan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, permua ini telah pun dilancarkan di iOS dan Android di mana anda boleh memuat-turunnya di secara percuma.

Sohor Kini