Lanjutan hak perolehan untuk penerbitan permainan siri Call Of Juarez oleh Techland sebelum ini, hari ini mereka umum kerjasama bersama Square-Enix unutk melancarkan semula permainan Call Of Juarez: Gunslinger di konsol Switch pada 10 Disember 2019 ini.

Bagi aanda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, Call Of Juarez: Gunslinger asalnya dilancarkan pada 2013 lepas di konsol Playstation 3, Xbox 360 dan juga di PC. Ianya adalah permainan penembak pandang pertama yang bertempatkan di dunia koboi.

Terkini melalui versi Switch ini, Techland menjanjikan permainan ini akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan seperti sokongan kawalan pergerakkan melalui JoyCon dan juga bentuk HD Rumble.

Bagi anda yang berminat untuk bermain semula siri permainan ini, anda boleh dapatkannya bermula Disember ini.

Sohor Kini