Informasi Permainan Video Terkini
Seperti Ninja, Shroud Kini Strim Secara Eksklusif di Mixer

Seperti Ninja, Shroud Kini Strim Secara Eksklusif di Mixer

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Tiada angin, tiada ribut, Shroud hari ini melalui Twitter mengumumkan yang beliau akan strim secara eksklusif di Mixer. Sebagai salah seorang penstrimer popular di Twitch, ini adalah satu lagi kehilangan mereka.

Bagi yang tidak mengenali Shroud, beliau merupakan pemain profesional CS:GO sebelum menjadi penstrimer sepenuh masa. Beliau sangat terkenal dengan permainan menembak seperti Apex Legends.

Berita ini tampaknya mengejutkan ramai peminat beliau kerana dilakukan secara tiba-tiba. Namun, jika anda mengikuti Shroud, anda boleh melanggan ke channel beliau di Mixer secara percuma untuk sebulan, tawaran ini adalah sehingga 22 November 2019.

Mixer: Shroud


TIPS & ULASAN