Skip to main content

Ubisoft sebelum ini mengumumkan tiga permainan baharu akan dikeluarkan pada awal tahun 2020, iaitu Watch Dogs Legion pada 6 Mac 2020, God & monsters pada 25 Februari 2020 dan Rainbow Six Quarantine pada awal tahun 2020.

Hari ini, semasa laporan kewangan, Ubisoft mengesahkan yang ketiga-tiga permainan tersebut kini ditunda ke tahun fiskal baharu iaitu sekitar bulan April 2020 hingga Mac 2021.

Penundaan ketiga-tiga permainan tersebut adalah disebabkan prestasi permainan terbaru mereka iaitu The Division 2 dan juga Ghost Recon: Breakpoint tidak mencapai sasaran mereka.

Menurut CEO Ubisoft Yves Guillemot, dua permainan tersebut gagal untuk mendapat sambutan adalah disebabkan penyertaan inovasi bentuk permainan yang kurang baik, tidak membawa kelainan yang besar untuk Breakpoint dan minat untuk sekuel kepada permainan seperti The Division adalah kurang. Oleh disebabkan itu, mereka akan mengambil masa yang lebih lama sebelum mengeluarkan sebarang sekuel.

Atas sebab itu juga mereka menunda tiga permainan di atas, untuk memberikan mereka lebih masa bagi memastikan permainan-permainan tersebut agar segala inovasi berjaya diterapkan dengan baik.

Bagi kami, ini adalah satu berita yang baik terutama pemain yang menyukai permainan Ubisoft tetapi merasakan mereka hanya mengulangi resipi yang sama berulang kali. Perkara ini juga terjadi kepada siri permainan Assassin’s Creed, di mana mereka sebelum ini mengeluarkan setiap tahun, tetapi mengubahnya apabila kurang mendapat sambutan.

Leave a Reply